Soalan apa ini??

Kalau Tuhan bole buat segala perkara, tiada batasan atas kuasa Tuhan, kenapa kau cakap Tuhan tak boleh ada anak? Kau merendahkan kuasa Tuhan?

Macam tu lah lebih kurang soalan yang aku kena suatu ketika dahulu. Masa tuh, jahil lagi, aku bodoh gila. (Skarang dah tak bodoh gila, tapi bodoh je. Gila dah takde hahaha) So mase tuh, aku cakap, give me time, aku cari jawapan dalam konteks Islam. Yang tak bestnya, aku tak sempat jumpe lagi orang tuh… So aku jawab kat sini, mane tau kawan2 ada yang terkena soalan macam nih, bole lah jawab, insyaAllah, @ maybe kawan2 ada jawapan yang lagi best, bole lah share kat sini HOOOO!!!

So, soalan nih selalu ditanya oleh orang2 kristian kepada orang2 Islam. Kenapa? Sbb majority daripada mereka mengaitkan Isa a.s. (Jesus) dengan Tuhan, samada sebahagian daripada Tuhan, atau anak Tuhan. Aku taknaklah letak ayat mana daripada Bible yang mengatakan Nabi Isa a.s. itu anak Tuhan, sbb memang tak munasabah pon, besides, that’s not the point here.

Masalah kat sini adalah mereka dah salah tafsir sifat Tuhan : “Maha Berkuasa”. Semua Muslim mengaku bahawa Allah Maha Berkuasa dan kuasa Allah mengatasi segala yang lain. This is fact. Every Muslim agrees with me on this one. Tapi masalahnya, Allah tidak melakukan sesuatu perkara yang makhluk buat. Maksudnya, makhluk tertakluk kepada sifat Allah tetapi Allah tidak tertakluk kepada sifat makhluk.

Bukti perkara ini terletak dalam Quran sendiri, Surah Al-Ikhlas (Quran, chapter 112).. maksudnya :

1. Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3. “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

4. “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

(Al-Quran;Surah Al-Ikhlas)

In English, it reads :

1. Say: He is Allah, the One and Only;

2. Allah, the Eternal, Absolute;

3. He begetteth not, nor is He begotten;

4. And there is none like unto Him.(Glorious Quran;112)

Perhatikan ayat ke empat. TIADA YANG SETARA DENGAN-NYA. THERE IS NONE LIKE UNTO HIM. Maknanya, TAKDE SATU PON YANG SAMA DENGAN ALLAH.

Kalaulah mereka berkata “Tuhan beranak” sbb Tuhan “Maha Berkuasa”, maka mereka dah samakan Tuhan dengan makhluk2 yang beranak-pinak… Simple common sense. Allah tidak sama dengan makhluk.

Dan kalau kita mengikut kepada logic mereka, maka mereka perlu bagi kepada kita jawapan kepada soalan..

“Kalau Tuhan berkuasa melakukan segalanya, boleh tak Tuhan mengeluarkan kita daripada kerajaan-Nya sendiri?”

Trust me. Dorang akan terdiam dengar counter-question ni.

In other words, God do Godly things. Allah melakukan sesuatu dengan Kehendak-Nya, dan Allah tidak tertakluk kepada ciptaan-Nya sendiri.

So kalau kita balik kepada soalan asal, sebenarnya Islam MENGANGKAT DAN MENYEMBAH TUHAN DAN MEMULIAKAN TUHAN SEMULIA-MULIANYA. Mereka yang merendahkan martabat Tuhan dengan mengatakan Tuhan ada anak.

Kalau ada kesilapan, tegurlah yerk? Sharing is caring! (ni bukan ayat bible ker?😛 )

p/s Credits goes to Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat dan Sheikh Yusof Estes. Semoga Allah memelihara mereka.

4 thoughts on “Soalan apa ini??

  1. KAlau tuhan ada anak..bukankah dah mcm manusia?Kalau dah sama ini menunjukkan kelemahan tuhan.Jadi apa beza tuhan dan manusia?Kan?

    Bengong la sapa yg tanya soalan tu. Tapi kita takleh salahkan dia.Mungkin tak tercapai kat akal dia. Hati kurang terang sket.Semoga dia dapat petunjuk..amin.
    😀

  2. huhuhuh.. begitulah hendaknye cik mimi..

    dorang salah tafsir bab Tuhan Berkuasa Membuat SEGALANYA.. bila dorang dengar SEGALANYA, dorang terus fikir “HAA KALAU GITU MESTI TUHAN BOLE ADA ANAK”…

    so i ask them “Kalau korang kata Tuhan bole buat segalanya, boleh tak Tuhan MATI?” huhuhuhahahaha sungguh kejam soalanku ini..

    yeah, dorang dah kene brainwashed dengan dorang punye ketua2 lah… kene programmed bak kata arwah Ahmad Deedat..

  3. mungkin soalan tu jugak ditujukan untuk menjadikan para muslim giyah akidahnya! Anyway, thanks dude. you are really helpful! (fuh, mcm ayat dalam iklan NST. :p)

  4. hahaha.. jangan, jangan ditanya kat Muslim, takut2 mereka lagi goyang akidahnye…

    tapi, sampaikan kepada Muslim2 tersebut, supaya mereka faham akan konsepnya…

    Alhamdulillah, sampai2kanlah kat orang2 lain.. spread the word of Truth, for falsehood is bound to perish..😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s