………..Of books and dinner

It’s been heck-of-a-weekend I’d say!

First, ciklynda decides to buy for me some books. Hahaha kalau orang dah offer, aku apa lagi… rasa macam nak beli je Badan Bookstore tuh.

So aku pusing2 lah tengok dalam kedai tu. Trust me, aku cerewet bile bab2 beli buku nih. Ciklynda cakap, aku cerewet dalam semua hal, ye ke? o.O

Punyalah lama pusing2, sampai terpaksa stop pusing sbb nak pegi solat maghrib dulu. Then kami patah balik dan kami beli buku2 yang kami gemar HOOO!. Mula, aku pegi cari tafsir Quran dulu. Big mistake. Tafsir Quran tuh dipecahkan mengikut juzu’… dan aku tak rasa aku mampu nak beli semua buku tuh, so aku pegi beli translation sahaja, Abdulllah Yusuf Ali’s translation of the Glorious Quran. Kecik, comel dan mampat, tapi senang untuk aku baca. Tafsiran lain kadang2 tulisan Arabnya tak bole baca sbb either kecik sangat atau tebal sangat atau kedua2nya sekali. Tapi yang aku amik nih, macam best je.

Then, aku pegi amik satu buku yang memang aku berkenan, Hakikat Tawassul dan Wasilah. Tawassul nih, sebenarnya, aku ada amalannya, tapi aku tak penah nak kaji apa itu tawassul. Main ikut je hahahaha.. so bila sudah jumpa itu buku, aku pon apa lagi.. terus sambar!!

Ciklynda pulak, dah terpaut bila tengok satu gigantic book called Al-Umm. Rupanya itu kitab induk Imam Shafi’e. So dia pun beli lah, lagipon, kita semua pegang mazhab Shafi’e, takkan taknak baca kitab beliau, betul? Lepas daripada itu (sempat lagi kene ceramah dengan brader kedai tuh pasal bulan Rejab T_T ), aku amik satu buku kecik, Rahsia Fatihah, oleh Ustaz Ismail Kamus.

Bila dah setel tuh, tiba2 aku ternampak satu buku, 13 pertuduhan orientalist terhadap Islam. Obviously, aku yang minat comparative religion nih, terus bersinar mataku ibarat mata Shin Chan tengok awek yang cantik. Aku pon buatlah muka ala2 kesian manja teringin etc kat ciklynda, dan beliau pon kata “Amiklah”… aku pon tiba2 ngada2 pegi tanya “bole ke?” hehehe.. nasib baik ciklynda tak kutuk aku😛

So baliklah kami dengan kitab2 yang na’uzubillah berat macam budak naik sekolah beli buku tulis. Sungguh best!!

Semalam pulak, aku dengan Fariz pegi dinner anjuran Al-Khadeem, satu pertubuhan NGO yang diketuai oleh Ustaz Hussin Yi. Dinnernye best, aku tengok ada orang bukan melayu tapi Islam. Sungguh BEST!! Ada sorang tuh, orang Australia, namanya Faiz ape tah.. panggil dier brother Faiz je.. rupanya beliau merupakan salah seorang Islamic Scholar..😛 Mase masuk dewan tuh, aku dengar orang baca ayat Quran, dan aku perasan ada sorang brader kulit hitam duduk atas pentas dan baca Quran. So aku duduklah dengan Fariz, enjoying the recitation. Rupanya aku tersilap bila aku kata dia “baca Quran”. Dia adalah seorang hafiz hahaha, aku ingatkan dia tengah baca kitab Quran, rupanya dia baca daripada memory dia. Harap2 Quran tersebut duduk di dalam hati dia, insyaAllah. Nama dia, Sulaiman apa tah. Aku panggil dia brother Sulaiman. Currently tengah buat phD in Comparative Religion kat UM. Brother Sulaiman, YOU ROCK!!!

Kemudian, dier bagi makan2 dulu, dia bagi aku tengok persembahan Silat Kuntum dulu (siap bole fikir dengan Fariz macam mana nak potong buah2 dorang haha), tengok itu dikir barat etc… then comes the time we’ve been waiting for… the talk by Dr Yassir Fazaga, Orange County Islamic Council or something like that. Sungguh best talk beliau!

Tajuknya, “Muslims in a multi racial society”. Daripada tajuknya, kita dapat tau bahawa beliau membincangkan tentang RACISM dalam Islam. Best… beliau kata..

1. Muslim should bring peace where ever he/she goes.

2. Muslim should take care of his/her tongue and hands.

Yang 1st tuh, dia bagi dalil daripada Quran, surah Maryam, yang berbunyi..

But she pointed to the babe. They said: “How can we talk to one who is a child in the cradle?” He said: “I am indeed a servant of Allah. He hath given me revelation and made me a prophet; And He hath made me blessed wheresoever I be, and hath enjoined on me Prayer and Charity as long as I live; (He) hath made me kind to my mother, and not overbearing or miserable; So peace is on me the day I was born, the day that I die, and the day that I shall be raised up to life (again)“! (Miraculous Quran;19:29-31)

Itu adalah ciri-ciri Muslim sejati yang telah di ajar oleh Nabi Isa a.s. ketika baginda masih lagi bayi di dalam buaian, dan ini lah yang diajar dan dilengkapkan oleh Muhammad s.a.w. Muslim sepatutnya macam tuh, di mana dia pergi, dia membawa barkah, keselamatan, kesejahteraan dan keamananan kepada masyarakat sekeliling. Orang akan kenal seseorang muslim itu dan mengubah hidup mereka kerana pengaruh positif dia.

Yang kedua itu, Dr Yassir Fazaga bagi hadith, tapi aku lupa nak catat hadithnya.. huhuhuh.. T_T

Dr Yassir juga menekankan bahawa Islam is based on love, dan beliau juga menekankan tentang nilai moral terakhir, iaitu membalas keburukan dengan kebaikan.

There is nothing good if u repay kindness with kindness. That is just another normal act, in which you felt obligated to repay kindness with kindness. But if you give kindness to those who seems unworthy of your kindness, that is the highest moral value and that is what Islam teaches us.

Banyak jugak info yang diberi, salah satunya adalah cerita yang memang menyentuh hati aku. Beliau menceritakan tentang Saidina Abu Bakar r.a, di mana satu hari ketika beliau di pasar dan membeli barang. Beliau menyedari bahawa wang beliau telah dicuri ketika beliau ingin membayar wang kepada penjual tersebut, dan beliau berkata kepada penjual itu “Wang saya telah dicuri!”. Maka penjual itu menjerit dengan lantang “SESEORANG TELAH MENCURI WANG SAHABAT RASULULLAH!! SEMOGA ALLAH MELAKNAT ORANG ITU!!” Kemudian, satu pasar pon terkejutlah dengan statement tuh, yelah, ini bukan calang2 orang, ini sahabat Rasulullah, orang yang confirm2 masuk syurga, one of the muqarrabin, one of those nearest to Allah. So orang2 pasar pun memaki lah pencuri itu, macam2 lah yang dimaki.. ada yang mintak orang tuh mati lah, masuk neraka lah etc.

Kemudian, Saidina Abu Bakar r.a. mengangkat tangan beliau dan berdo’a. Semua orang diamlah sbb nak dengar apa yang Saidina Abu Bakar r.a. nak do’a. Beliau berdo’a dengan lantang.. “Ya Allah, jika orang itu mencuri kerana dia memerlukan wang itu, maka Kau redhailah wang tersebut, jika dia mencuri kerana dia memang seorang pencuri, maka kau jadikanlah ini sebagai pencuriannya yang terakhir dan Kau ampunilah dosa dia”. Satu pasar tercengang dengan do’a beliau.

Banyak lagi info yang aku pon terkial2 nak keluarkan daripada otak aku. Yelah, otak kapasiti rendah, yang inputnya kapasiti tinggi, jadi bottleneck pulak hahaha… So nnt2 lah update lagi. Yang penting, Brother Yassir Fazaga, YOU ROCK!!

p/s i think this advice of being nice to those who seems unworthy of our kindness should be followed by us all. Kita marah2 orang pon, tak guna jugak, becoz the damage is done, betul tak? Lagi satu, disebabkan kamera ciklynda wat hal, aku tak dapat amik gambar banyak2 haha, kene tunggu Fariz bagi gambar yang diambil daripada kamera beliau…

p/ss Dapat website baru called Al-wahy. Developed by British Muslim Youth or something like that. Ada email tuh!! Check it out, mmmmm’kay?

9 thoughts on “………..Of books and dinner

  1. en_me : begitulah juga perasaan diri ini.. T_T

    ciklynda : huhuhuh.. ok2.. nnt mintak far east email hahah

  2. the highest value and the hardest thing to do! susah giler beb nak buat baik pada orang yang buat jahat! ape pun, usaha je la ke arah tu huhuhuhu. (mcm tk mampu jek)

  3. artakus, kalau dah fikir macam tuh, memanglah takmampu.. coz u’r mind has already been set..

    buat saje, buang sifat -ve tuh.. yang aku diajar.. banyak2 selawat dan istighfar..

    bukan selawat tapi kepala otak ke lain, selawat dan faham makna selawat tuh, selawat sbb kita sayang kat nabi..

    dan istighfar pon sama.. istighfar sbb nak mintak ampun, bukan istighfar tapi kepala otak ke lain, tak fikir dosa sendiri..

    heheheh pandai cakap je aku nih, jangna layan sangat.. mengarut je aku nih..

  4. betul lah tu. tu yang aku ckp ‘usaha je la ke arah tu’. gambatte to me n to us all! huhuhuhu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s