Mencari yang sempurna…

Disebabkan kebosanan dengan Firefox 2.16 yang slalu sangat makan RAM laptop nih, makan dengan segala hormatnya saya cube untuk mencari browser lain. Dengan berbekalkan Encik Google dan informasi kawan2, saya decide untuk menambah 2 lagi browser dalam laptop ini : Encik OPERA 9.51 dan Encik Safari 3.1.2.

Selepas menginstall dan menggodeh kedua-dua browser, maka saya cuba untuk melakukan benchmark yang paling simple pernah dilakukan oleh orang, iaitu run aje ke tiga-tiga browser tersebut dan tengok penggunaan resource mereka. Ini lah hasilnya :

Clash of the Titans

Clash of the Titans

Di dapati…

  1. Encik Mozilla Firefox 2.16 masih seperti dulu, menggunakan CPU yang sedikit tetapi RAM tinggi macam nak pegi perang. (CPU = 00, Memory Usage = 122,024 k @ 122 MB)
  2. Encik Safari 3.1.2 pulak, menggunakan CPU macam nak pegi bunuh orang, tapi RAM ok pulak.
    (CPU = 45, Memory Usage = 40,552 k @ 40 MB).
  3. Encik Opera 9.51 stays in the middle, dengan menggunakan CPU yang up sikit daripada Firefox, tapi rendah gila2 daripada Encik Safari, dan menggunakan RAM yang so-so.
    (CPU = 02, Memory Usage = 35,164 k @ 35 MB).

Jadi, kalau di kira daripada nombor2 kat atas, semestinya Encik Opera mengatasi yang lain. Tapi, satu masalah yang ada pada Encik Opera adalah, ada beberapa website yang tak dapat di bukak oleh beliau dengan betul dan tepat. Contoh yang paling senang, cube bukak Friendster dengan Opera 9.51, then tengok profile sendiri atau profile kawan2, tiba je nnt SEMUA TEXT di align kan ke centre. Aihhh… masalah betul..

In terms of performance dan kecantikan, rasanya Safari 3.1.2 adalah yang paling cantik, sbb dia ada interface a-la iMac dan jugak beliau render webpage dengan cantik skali. Tapi, bile dengan beliau menggunakan CPU usage yang macam nak pegi perang dengan Dajjal, risau jugak😛

Jadi, last2 skali, saya mengikut apa yang kawan saya Boey kata, pakai je tiga2, guna ketiga-tiga browser mengikut keperluan hahaha.

Kepada kawan2 yang nak cuba browser2 nih, bolelah download kat sini yerk :

  1. Safari’s Website
  2. Opera’s Website
  3. Firefox 2.0.0.16 Website
Ohh, masih ada satu lagi yang belum di install lagi, iaitu Encik Firefox 3.01. Nantilah, bila free baru saya install. Harap2 Firefox 3.01 tak lagi mencuri dan mencabul RAM saya. (Tapi, dengar cerita, Firefox baru ni banyak addons dan plugins yang tak compatible… aihhh)
Conclusion, TAKDE BROWSER YANG PERFECT. Sume nak perfect, susahlah ini macam kawannn.. hahahah..
Oh, btw, saya memasukkan entry ini dengan menggunakan encik Safari. Hehehe..
p/s Internet Explorer tidak termasuk di dalam benchmark ini sbb saya memang tak suka Internet Explorer. Saya akan pakai Internet Explorer kalau dah takde browser lain haha. Yes, saya biased dan double-standard. U got a problem with that?😛

6 thoughts on “Mencari yang sempurna…

  1. aku baru nak cadangkan en IE (internet explorer) :p

    ape masalah en IE plak ek gunblade? (nak tanya gak walaupun en mimi ckp hampeh! :p)

  2. Oh, kamu adalah kawanku yang sejati!

    Saya juga sama sekali tidak menyukai En. Internet Explorer. Benci!

    Kawan setiaku untuk menghadapi kebanyakan laman web yang dilawati saban hari adalah En. Safari, tetapi yang terbaik sekali untuk diri saya, saya rasakan, adalah En. Opera.

    Wahahaahaha!!

  3. betul tuh!!

    saya masih menggunakan Opera, walaupun skarang tengah menggodeh2 Firefox3…

    ohhh.. Google nak kuar browser dorang pulak… ‘Chrome’ nama diberi.. harap2 beliau taklah banyak masalah…

    artakus, IE sucks. aku tak suka, sbb aku bias. hahahhaha..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s