Salam Takziah *Edited*

Semalam, pada pukul 9:50pm, 4 September 2008 bersamaan dengan 4 Ramadhan 1429, ayah kepada seseorang yang saya sayangi telah meninggal dunia. 

Katanya, arwah meninggal selepas berbuka puasa. Arwah meninggal seorang diri. T_T

Saya yakin bahawa arwah ayah dia sedang bergembira dengan taman-taman syurga yang dibentangkan kepada arwah di dalam alam kubur. Ini kerana arwah telah menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah. Arwah telah berjaya membesarkan 8 orang anak dalam serba kepayahan, dan kelapan-lapan mereka telah berjaya. Arwah juga telah berjaya mendisiplinkan anak-anak dia, baik dari segi duniawi mahupun akhirat. 

Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat-Nya yang tidak terbatas kepada arwah. 

Kepada Razuwa Hanim, bersabarlah. Janji Allah telah tiba. Awak masih boleh berbakti kepada arwah dengan mendo’akan keselamatan arwah di alam sana. InsyaAllah, Allah akan terima do’a awak, dan Allah akan satukan awak dengan arwah ayah awak suatu hari nanti. 

Kepada yang membaca blog ini, sudilah kiranya kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah ayah Hanim…

Hai jiwa yang tenang, Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku. (Al-Qur’an;Al-Fajr: 27 -30).

Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita akan dikembalikan…

3 thoughts on “Salam Takziah *Edited*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s