She’s gone…

Dulu…

Kakak angkat saya bila saya terjatuh di atas tanah

Kakak bersihkan baju saya daripada debu. Kakak lap air mata saya. Kakak kata, “Everything will be ok”.

Kini…

Saya turunkan kakak di dalam tanah.

Saya kotorkan pakaian kakak yang putih bersih dengan tanah. Saya lap air mata saya, dan saya berkata “Everything will be ok”.

Dulu…

Kakak peluk saya ketika anjing mengejar saya. Kakak tendang kepala anjing itu untuk menyelamatkan saya daripada gigitan binatang itu.

Kini…

Kakak keseorang di dalam alam lain. Hanya do’a saya dan anak-anak kakak yang dapat menendang dan menyepak kepala binatang2 yang ada di dalam alam itu.

Dulu…

Saya baring untuk tidur, kakak akan peluk saya dan berkata “Everything will be ok, Jiejie tunggu sampai abang tido”.

Kini…

Kakak baring tidur, saya peluk dan cium dahi kakak, dan saya berkata, “Jiejie, everything will be ok, InsyaAllah.”

Jiejie nampak cantik dengan pakaian putih yang dia pakai. Jiejie berbau wangi sangat, cantik dan wangi, seperti bidadari syurga.

Saya takkan lagi dapat SMS “Happy Birthday!” daripada Jiejie. Saya takkan lagi dapat mendengar senda-gurau dia. Saya takkan lagi dapat mendengar pengalaman-pengalaman dia bekerja untuk membesarkan 5 orang anak yang nakal-nakal.

Saya teramat sayang kakak saya, tetapi saya tidak sempat untuk memberitahu dia.

Jiejie, abang sayang Jiejie. Abang akan didik anak Jiejie supaya dorang menjadi mukmin yang lebih baik daripada abang, InsyaAllah.

Jiejie tidurlah dengan lena. Masa kat sini, Jiejie slalu terbangun malam sebab Jiejie risaukan anak-anak Jiejie. Jiejie selalu tak cukup tidur sebab Jiejie bekerja keras untuk anak-anak Jiejie. Jiejie tidur, eh? Papa, Mummy, Lissa dengan Abang sayang sangat-sangat kat Jiejie. Abang nampak Papa kesat air mata sebab Papa rindukan Jiejie. Abang nampak Mummy pegang Jiejie, taknak lepas, sebab Mummy sayangkan Jiejie. Abang nampak Lissa menangis sebab Jiejie taknak bangun-bangun walaupun dia kejut Jiejie.

Jiejie, kami sayang Jiejie, tapi Allah lagi sayang Jiejie. Jiejie pergilah menghadap Allah dulu, eh? Nanti Abang datang, insyaAllah.

Kita masuk syurga sama-sama, kat situ Jiejie tak payah risau pasal anak-anak Jiejie, Jiejie tak payah risau pasal tak cukup makan, tak cukup tidur… kat sana Allah sediakan semua untuk Jiejie.

Jiejie, Abang sayang Jiejie. Terima kasih sebab sentiasa jaga Abang masa Abang kecik-kecik dulu.

In loving memory

Azizah binti Abdullah.

5 thoughts on “She’s gone…

  1. Jiejie will be ok. Dia ibu, isteri, kakak dan anak yang baik. InsyaAllah segala kebaikan beliau akan di bayar dengan kebahagiaan di sana.

    Jiejie cuma berpisah sementara dengan kita. Sampai masa pasti kamu akan bertemu semula. Tetapi yang pasti, beliau tetap hidup dan segar di hati kalian.

    Al-fatihah dan semoga arwah sedang bergembira menanti kedatangan insan-insan yang di sayanginya.

    For the sake of love & her children, be strong ok!

  2. thanks girls..

    really appreciate all of your encouraging words…

    May the peace and blessings of Allah be unto all of you, insyaAllah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s