Amendelahhh…

Macam budak-budak.

Itu sahaja yang boleh aku cakap tentang mende2 yang aku lalu sekarang.

Masing-masing berasa selfish, mementingkan perasaan diri sendiri, sampai tak fikir perasaan orang lain.

Masing-masing berasa diri sendiri berhak, sampai lupa akan hak orang lain.

Frankly speaking, aku dah macam malas nak bagi komitmen kat orang lain, baik dari segi cinta, kerjaya, kawan, and so on. Don’t get me wrong, kalau seseorang itu aku panggil sahabat, maka pada aku dia berhak untuk mendapat komitmen daripada aku. Sebab setahu aku, orang-orang yang aku gelar ‘sahabat’ dalam hidup aku tak pernah sesekali mementingkan diri mereka sendiri sehingga mengabaikan hak aku. Mereka tidak pernah cuba menyakiti hati aku, dan tak pernah cuba untuk buat perkara-perkara yang boleh menyakitkan aku. Even if they do, dorang tak sengaja, dan dengan segera dorang mintak maaf (walaupun most of the time bukan salah dorang).

Aku tau, entry kali nih pasti ada yang sakit hati, tapi nak buat macam mana? Aku sendiri dah lama sakit hati, dah lama pendam, dan dah lama memikirkan jalan keluar, tapi aku sorang je tak mungkin boleh selesaikan masalah ni.

Aku perlukan seorang teman bergelar sahabat (curik tagline Kak Ila hahaha), bukan orang yang dok nak audit ke mana aku pergi, audit segala aktiviti aku, mengikut ke mana aku pergi, buat apa yang aku buat, join apa-apa yang aku join, audit kawan-kawan aku, berkawan dengan semua kawan-kawan aku… aku tak perlukan semua itu.

Aku nak enjoy hidup aku selagi aku boleh, dan ‘enjoy’ di sini adalah yang tidak melanggar mana-mana hukum Islam. Aku taknak jadi macam certain orang yang dah kahwin tapi still enjoy sana-sini dengan alasan “Masa bujang dulu tak dapat buat”. I wanna live my life, my way. I’m being smoothered here.

But still, I appreciate the time given. I appreciate the sacrifices. I just don’t appreciate the smoothering and the mockery and all those negative words given.

I need some space. Ogi cakap, kalau nak space, pegi Myspace, tapi aku benci Myspace hahaha.. Besides, kalau aku ada account Myspace, pasti akan ada yang mengikuti ‘perkembangan’ account aku tu. Wahh lauuu…

Sheeshh…. when will all of these things end?

Times like this… rasa macam nak terbang aje pegi ke Damansara Damai dan gomol-gomol Kak Hanim, eh, silap, *batuk*.. anak kepada Kak Hanim iaitu Alieya Zara. ALIEYA! UNCLE JUST MERINDUI MU!! T.T *rindu ayam goreng kak Hanim jugak hahah*

6 thoughts on “Amendelahhh…

  1. kalau banyak sangat soalan audit tu…cakap je la “Aduuhhhhhhh….. taik telinga dah cair dah ni…” ehehehhehehhe~~~

  2. Cik Lala : uhhhh mendalam ke? makan dalam ke? :p

    Mimi : i wanna refrain myself from mentioning any names, ya?😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s