Selamat…

Tanggal 7 Januari 2009, seorang daripada “teman setia” saya telah meninggalkan saya.

Beliau amat setia menemani saya di saat orang-orang lain membuang saya daripada hidup mereka atas alasan “sibuk”

Beliau tidak pernah mengecewakan saya.

Namun kini, beliau telah pergi untuk selamanya.

Saya telah berusaha untuk menyelamatkan beliau, namun takdir penentu segalanya.

Encik Playstation 2 siri SCPH 50006, Selamat Meninggal… T_T

Patah tumbuh hilang berganti, begitulah pepatah tok nenek kita dulu2. Aku tak tahu apa yang patah, dan aku tak tahu siapa yang nak pegi ganti mende tuh.

Yang aku tahu, tempat Encik Playstation 2 yang telah arwah telah diganti oleh…

Encik Xbox 360.

Encik Xbox 360, selamat datang! Semoga anda dapat menemani saya sebagaimana encik PS2 melakukannya terdahulu.

Aku rasa SERONOK SANGAT!!! Terima kasih kepada kawan2 yang sentiasa memberi moral support, dan jugak kepada dia yang memberi lebih daripada itu. Jasa mu akan ku kenang dan akan ku cerita kepada anak cucu aku! *lap air mata*

Jadi sekarang, kalau malam2, tolong jangan kecil hati jika saya tidak mengangkat telefon atau tidak membalas sms kalian. Aku sedang sibuk memberi ‘tour guide’ dan meng-orientasi-kan Xbox 360.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s