Mengantuk di pagi Ahad

Rasa terpanggil untuk update blog.

Semalam merupakan harilahir Mummy yang ke 56. Saya sangat sayang sama ibu saya hahahahaha. Sempat jugaklah beli kek berperisa kopi untuk beliau. (Thanks Khumaira!!) Semoga Allah mengasihi beliau sebagaimana beliau mengasihi saya sewaktu saya masih kecil lagi. Mummy, I love you! XD

Sejak akhir-akhir ini saya bergelumang antara perasaan sedih, bahagia, dan takut.

Saya sangat sedih kerana saya berasa kehilangan. Saya telah ‘kehilangan’ dua orang yang telah banyak membantu saya dalam menghadapi masalah-masalah yang macam tak pernah nak habis. Mereka telah mula menjauhkan diri daripada saya tanpa memberi peluang kepada saya untuk mempertahankan diri saya. Mungkin kerana mereka beranggapan bahawa saya berperangai “seperti dulu” atau “lagi teruk daripada dulu”. Hmmm… cepat betul menilai. -_-;;

Saya juga berasa bahagia dengan kehadiran Khumaira dalam hidup saya. Dia seolah-olah memahami tindak-tanduk dan perbuatan saya, dapat menghidu samada saya sedih atau tidak, menipu atau berkata benar, dan sebagainya. I know, sometime it sounds scary hahahaha, tapi saya sangat bahagia dengan kehadiran beliau. Saya suka cara dia gelak. Saya suka cara dia marah saya. Saya suka cara dia cemburu. Saya suka cara dia mengarut ketika dia mamai hahahah. Saya suka cara dia terima kemarahan saya. Saya suka cara dia menghormati saya dan waktu saya.

Khumaira, I hope you’re the one, bub. ^_^

Saya berasa takut kerana saya takut akan kehilangan lagi. Saya takut kehilangan Khumaira. Saya juga takut akan ‘kehilangan’ Nur Alieya Zara. Rindu amat membuak-buak. Rasa macam nak terbang ke KL dan peluk gomol si kecik yang dah makin petah bercakap itu. Saya tahu, beliau tidak merindui saya sebagaimana saya merindui dia, tetapi rasa sayang terhadap si comot dari Damansara ini bukanlah di buat-buat, dan bukan juga mengada-ngada. The feeling is divine.

Berat sungguh hati menanggung rindu. Saya rindu akan Khumaira. Saya rindu akan Nur Alieya Zara. Saya juga rindu kepada dua orang sahabat yang telah menjauhkan diri daripada saya itu. Semoga Allah memberkati hidup mereka sebagaimana Allah memberkati hidup para Rasul.

Pagi tadi Yasmin Ahmad telah meninggal dunia, pada umur yang sama dengan Michael Jackson. Rasa macam senang je manusia nak mati.

Memang senang pun.

Al-Fatihah.

p/s Saya suka penulisan Ramlee Awang Murshid. HOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!! Klik kat sini untuk laman blog rasmi beliau. Oh, saya sengaja menggunakan warna putih + hijau untuk blog saya, kerana tatkala ini saya amat merindui Xbox 360 saya. XD

Leave a comment