Sunday is Gloomy.

Penipuan Terancang.

Hari ini cuaca sangat sejuk dan suram. Nak katakan hujan, takde pon air jatuh daripada langit, nak katakan tak hujan, takde pon kelihata sang suria menyinari bumi Tuhan ini.

Badan aku plak macam nak demam. Aku taknak demam, tapi badan aku yang nak hahahahahah *aper aku merepek nih*. Jadi skarang terpaksalah aku bekerja dalam keadaan demam + sakit tekak + selsema (itu tak kira lagi Encik kahak yang bermaharajalela di dalam tekak. Cis!)

Ada segelintir manusia yang konon-konon risau akan diriku ini, tapi sebenarnya tak pun. Orang-orang begini pura-pura ambil berat, pura-pura sayang walhal mereka cuma berpura-pura sebab taknak aku kecik hati. Jika kau terasa seperti di dalam golongan orang-orang begini, maka tuntutlah apa-apa hak kamu ke atas aku, lepas tuh berundurlah daripada hidup aku dengan baik. Aku benci, aku meluat, aku menyampah dengan orang yang berpura-pura! In other words, get the fuck out of my life!

Mereka ingat aku tak tahu perancangan mereka. *sigh* The burden of knowing…

Dia hampir tiba.

Nampaknya Ramadhan dah semakin hampir. Aku pernah buat satu posting tentang Ramadhan (dan aku rasa itu adalah posting favourite aku heheheh), kali nih rasa macam nak buat tapi malas. Apa yang penting, aku sangat gembira dengan kedatangan Ramadhan. Yelah, ada Pasar Ramadhan, ada kebab, ada roti lami, ada gugusan awek-awek kilang yang menziarahi Pasar Ramadhan kerana mereka pura-pura membeli lauk berbuka puasa, dan macam-macam lagi. Tambahan pula, awek-awek yang pergi bersolat tarawikh di masjid berhampiran.😄

Harap kawan-kawan yang kerja jauh-jauh balik JB, boleh ajak lepak. It’s been a while sehhhh…

Kelas Yang Seronok.

Kelas Sheikh Faiz semalam sangat best. Beliau menceritakan tentang apa itu “Sunnah” , dan apa pecahan-pecahan Sunnah Rasulullah s.a.w. mengikut Fiqh. Baru aku tau, ada Sunnah Rasulullah s.a.w. yang wajib di ikuti (contohnya makan pakai tangan kanan, ini wajib, seriously!), ada yang wajib di hindari @ haram (macam cabut kening, etc), ada yang dibenarkan buat kerana tiada larangan khusus (seperti makan sejenis binatang padang pasir dipanggil ‘dhab’ ), ada yang buat dapat pahala, tak buat takpe (ini yang kita orang melayu selalu salah tafsir tentang “sunnah” ), dan ada yang dibuat tak berapa best, kalau tinggalkan dapat pahala (makruh). Aku juga ditegur (lagi) oleh beliau …

“When are you gonna get married, brother Ahmad?”

Aku cuma mampu jawab…

“Until I’ve obtained enough cash, Sheikh”

Seperti biasa, beliau akan gelak separa gembira separa sinis, dan melontarkan kata-kata…

“Allah is the Provider, brother. Do not be afraid.”

Kalaulah Sheikh Faiz faham macam mana pemikiran masyarakat kita, sudah pasti dia akan mengerti kenapa aku masih tak kahwin lagi. Sesungguhnya aku dah bersedia daripada mental dan fizikal untuk berkahwin, cuma daripada sudut kewangan je yang agak merumitkan. Takpe, akan aku usaha. Semoga Allah s.w.t. membantu usaha murni ku ini HOOOOOOOOO!!!!

Merindui mereka sampai demam?

Saya amat merindui mereka. Apalah cerita Nur Alieya Zara. Semoga Allah merahmati dia dan menjadikan dia seorang Muslimah yang lebih baik daripada kita semua, insyaAllah. Khumaira pula baru mula buat part-time dengan Wall’s. Jadi promoter aiskrim. Aku SANGAT RISAU, tapi takpelah. At least dia ada teman.

Skarang badan memang rasa tak best. Macam nak demam, tapi macam taknak demam. Selsema tak payah ceritalah, rasanya dah boleh buat 5 cawan Neslo Ais hahahaha. Tekak rasa sakit, kepala pon sakit.

Aku kene selsema babi ker? Taknaklah kene, tak macho. T_T

3 thoughts on “Sunday is Gloomy.

  1. Harap kawan-kawan yang kerja jauh-jauh balik JB, boleh ajak lepak. It’s been a while sehhhh…====>>>Insya-ALLAH kalau ada rezeki balik lah saye dan mari kita berlepak….huhuhuhuhu…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s