Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Akhirnya, Ramadhan meninggalkan kita.

Kita bersiap-siap untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Hari Kemenangan!” kata salah seorang daripada sahabat saya.

“Kemenangan daripada apa, ya akhi?” saya bertanya kembali.

“Kemenangan mengalahkan hawa nafsu! Selama sebulan kita berperang dengan hawa nafsu tanpa ada campur tangan daripada pihak Iblis. Kita memenangi pertarungan tersebut dan Aidilfitri merupakan hari untuk kita menyambut kemenangan besar ini!”

Sungguh bersemangat dia.

“Menang macam mana, ya akhi? Kita berpuasa, tetapi kita masih lagi bertengkar. Kita berpuasa, tetapi kita masih lagi mencarut. Kita berpuasa, tetapi kita masih lagi tidak menjaga batas pandangan mata kita. Kita masih lagi seronok dengan dunia. Terawikh kadang-kadang buat, kadang-kadang tidak. Bila membeli makanan untuk berbuka, maka dibelinya kita seolah-olah kita membeli untuk satu batalion perang. Mana yang tak habis rancangnya untuk dimakan semasa sahur, tetapi sahur makan sikit je, lantas makanan tersebut di buang. Menang yang bagaimana, ya akhi?”

Sahabat saya terdiam. Berkemungkinan beliau memikirkan tentang pendapat saya. Berkemungkinan juga beliau menyimpan perasaan marah dan berasa yang saya nih “poyo“, macam bagus. Berkemungkinan juga beliau tak fikir apa-apa, sebaliknya sedang memikirkan perkara lain. Who knows?

Ah, just another senseless rambling from a fool. Some people called this fool a “Wahabi” . Maybe I am. Maybe I am not.

Some even goes to the extend of calling me names which hurts me. Maybe what they say about me is right. Maybe it’s wrong.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sesiapa pon yang terbaca blog ini. Buat mereka yang mengenali saya, saya minta ampun dan maaf di atas segala kata-kata dan/atau perbuatan saya yang menyinggung kalian ataupun yang telah menyakitkan kalian samada daripada sudut fizikal ataupun rohani. Saya juga telah memaafkan jika ada antara kalian yang menyinggung perasaan saya ataupun ada yang telah menyakitkan saya daripada segala aspek. All if forgiven and forgotten. May Allah accept your deeds and my deeds, insyaAllah.

Semoga kita semua sempat berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang.

ALLAHUAKBAR!

3 thoughts on “Selamat Hari Raya Aidilfitri.

  1. Selamat to u too Just.

    insyallah panjang umur, murah rezeki kita jumpa lagi ramadhan tahun depan.

    but incase if we didnt, (no no, not that i wanna be sappy or what. hehe, INCASE), mintak maaf untuk semua kesilapan, keterlanjuran kata-kata atau perbuatan yang mungkin menyakitkan kau.

    Selamat hari raya bro!

  2. its another good thing to ponder. banyak orang ckp ‘menang’, ‘berjaya’ tanpa menoleh akan ‘kejayaan’ yang diorang dakwa! T_T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s