Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Akhirnya, Ramadhan meninggalkan kita.

Kita bersiap-siap untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Hari Kemenangan!” kata salah seorang daripada sahabat saya.

“Kemenangan daripada apa, ya akhi?” saya bertanya kembali.

“Kemenangan mengalahkan hawa nafsu! Selama sebulan kita berperang dengan hawa nafsu tanpa ada campur tangan daripada pihak Iblis. Kita memenangi pertarungan tersebut dan Aidilfitri merupakan hari untuk kita menyambut kemenangan besar ini!”

Sungguh bersemangat dia.

Continue reading

Best sungguh!

Tiba-tiba rasa nak menaip lagi hahaha.

Semalam bawak Ajoi pegi berbuka kat rumah Mak Ngah. Sementara tunggu aku mandi, Ajoi borak dengan Mummy. Ajoi cerita yang Mummy tanya kat Ajoi pasal boss aku. Dah agak dah. Mummy sendiri dah start terasa.

Nak buat macam mana? Takkan aku nak cerita kat Mummy aper aku rasa? Itu dah macam memburukkan orang. So apa aku boleh buat? Diam aje lah.

Kalau nak ignore aku, takpelah. Aku dah paham dan masak sangat dengan perangai orang yang buang member bila ada partner yang baru. Tapi nih dengan mak aku sekali kau ignore. Apa pulak salah mak aku, eh? Hahahahahahaha….

So, biarlah. Nak bercinta ke, nak dating ke, nak apa ker, biarlah. Aku dah sedar, aku bodoh bila percaya yang dia nak kawan dengan aku. Aku yang bangang pegi percaya!!

Semalam kat umah MakNgah kami makan ikan sembilang masak asam pedas. Lepas tuh Khumaira pulak goreng telur dadar.. mak aihh.. memanglah aku makan sampai 3 pinggan nasik hahahahahaha. Tanpa segan-silu aku menambah nasik dan menghabiskan nasik2 yang ada demi asam pedas ikan sembilang MakNgah yang sangat sedap itu! Ajoi yang first time datang pon terus hilang segan lantaran kesedapan masakan Mak Ngah.

Tuh tak kira yang dorang buat betik goreng. First time sehhh aku makan, terus rasa macam nak lagi dan nak lagi. Memang confirm lepas nih aku mintak Makngah masakkan samada betik goreng ataupun itu terung masak aper tah… miahahahahaha…

Mesti Mummy terkejut kalau aku mintak beliau masak mende2 nih… hehehehehe… mau beli barang dan mintak Mummy masak! 😀

Thanks MakNgah! We love you!

Lepas nih, planning nak masak asam pedas guna ikan siakap pulak miahahahahahahahaha.

Hujan yang sangat lebat.

Hari ini cuaca hujan. Sangat lebat. Aku suka!

Kerja aku masih tertangguh. For some unknown reason, aku sangat malas nak buat kerja. Aku sangat malas nak datang office. Aku sangat malas nak fikir mende-mende yang kusut ni.

Apa yang aku nak? I wanna be alone. Aku cuma nak duduk diam-diam dalam bilik aku, tutup pintu, kunci, off handphone, lepas tuh duduk sorang-sorang dalam bilik. Berkhalwat dengan diri sendiri.

Seperti biasa, gaji lambat lagi. Kali nih worst jugaklah, coz Singgah Selalu pon kuarkan gaji lambat, bermakna gaji bapak aku pon lambat. Kesian bapak aku. Memanglah ada duit, boleh survive, tapi still, aku sangat kesian. Bila aku kesian, aku jadi marah kat company aku. Sungguh tak bertanggungjawab! Ni nak masuk Ramadhan, obviously duit banyak pakai lantaran nak memuaskan nafsu serakah mencekik segala makanan yang ada kat pasar ramadhan hahahahaha. Tuh tak kira persiapan raya. (Aku taklah excited sangat sambut raya, tapi at least family aku kenelah prepare macam2, kan? Saper2 yang rapat dengan aku taulah kenapa aku tak excited sambut raya…. )

Other than that, takde pon mende yang menarik. Aku dengan Khumaira is going well. Raya nih planning nak bawak beliau jumpe parents aku dan aku jumpe parents dorang. Harap-haraplah parents dorang terima aku dan aku harap-harap jugak parents aku terima dorang. Aku dah cukup serik dengan parents yang tak terima aku. Worst, tak terima aku without any reasons at all. Sampai laaa nih aku tatau aper salah aku.. T_T   Nevermind. It doesn’t matter anymore.

Sekarang tengah kemaruk main Tales of Vesperia kat Xbox 360. Lunch hour je aku balik umah, makan-makan apa yang ada (terpaksa balik coz kene jimat2 duit hahaahaha..), then terus main game nih. For some unknown reason, aku suka game nih, hahahahahahhaha….

Alhamdulillah, walaupun banyak masalah dalam hidup aku, tapi aku sangat gembira dengan kehadiran Khumaira. Dia sangat memahami aku, sangat faham akan perangai-perangai hodoh aku. Aku pernah dapat orang yang baik suatu ketika dahulu, tapi aku buat dia tak percaya aku kerana kejahatan aku. Skarang, Allah gave me a second chance. Allah bagi aku peluang bercinta dengan orang yang baik-baik. Aku dah serik buat jahat, and I learn how to appreciate her.

Khumaira, thank you for being there for me through thick and thins. We’re still in the early stage of our relationship and there is still a lot of things that I wanna know about you. I hope that you will be patient with me. We’ll walk through life side by side. I’ll protect you from the harsh world, and I pray to Allah that we will walk through the Heaven’s Door together, as more than just a partner, but a soul mate.

Yes, I’ve finally found my soul mate.

Thank you, Khumaira. Ana mughrama feek!

Sunday is Gloomy.

Penipuan Terancang.

Hari ini cuaca sangat sejuk dan suram. Nak katakan hujan, takde pon air jatuh daripada langit, nak katakan tak hujan, takde pon kelihata sang suria menyinari bumi Tuhan ini.

Badan aku plak macam nak demam. Aku taknak demam, tapi badan aku yang nak hahahahahah *aper aku merepek nih*. Jadi skarang terpaksalah aku bekerja dalam keadaan demam + sakit tekak + selsema (itu tak kira lagi Encik kahak yang bermaharajalela di dalam tekak. Cis!)

Ada segelintir manusia yang konon-konon risau akan diriku ini, tapi sebenarnya tak pun. Orang-orang begini pura-pura ambil berat, pura-pura sayang walhal mereka cuma berpura-pura sebab taknak aku kecik hati. Jika kau terasa seperti di dalam golongan orang-orang begini, maka tuntutlah apa-apa hak kamu ke atas aku, lepas tuh berundurlah daripada hidup aku dengan baik. Aku benci, aku meluat, aku menyampah dengan orang yang berpura-pura! In other words, get the fuck out of my life!

Mereka ingat aku tak tahu perancangan mereka. *sigh* The burden of knowing…

Dia hampir tiba.

Nampaknya Ramadhan dah semakin hampir. Aku pernah buat satu posting tentang Ramadhan (dan aku rasa itu adalah posting favourite aku heheheh), kali nih rasa macam nak buat tapi malas. Apa yang penting, aku sangat gembira dengan kedatangan Ramadhan. Yelah, ada Pasar Ramadhan, ada kebab, ada roti lami, ada gugusan awek-awek kilang yang menziarahi Pasar Ramadhan kerana mereka pura-pura membeli lauk berbuka puasa, dan macam-macam lagi. Tambahan pula, awek-awek yang pergi bersolat tarawikh di masjid berhampiran. XD

Harap kawan-kawan yang kerja jauh-jauh balik JB, boleh ajak lepak. It’s been a while sehhhh…

Kelas Yang Seronok.

Kelas Sheikh Faiz semalam sangat best. Beliau menceritakan tentang apa itu “Sunnah” , dan apa pecahan-pecahan Sunnah Rasulullah s.a.w. mengikut Fiqh. Baru aku tau, ada Sunnah Rasulullah s.a.w. yang wajib di ikuti (contohnya makan pakai tangan kanan, ini wajib, seriously!), ada yang wajib di hindari @ haram (macam cabut kening, etc), ada yang dibenarkan buat kerana tiada larangan khusus (seperti makan sejenis binatang padang pasir dipanggil ‘dhab’ ), ada yang buat dapat pahala, tak buat takpe (ini yang kita orang melayu selalu salah tafsir tentang “sunnah” ), dan ada yang dibuat tak berapa best, kalau tinggalkan dapat pahala (makruh). Aku juga ditegur (lagi) oleh beliau …

“When are you gonna get married, brother Ahmad?”

Aku cuma mampu jawab…

“Until I’ve obtained enough cash, Sheikh”

Seperti biasa, beliau akan gelak separa gembira separa sinis, dan melontarkan kata-kata…

“Allah is the Provider, brother. Do not be afraid.”

Kalaulah Sheikh Faiz faham macam mana pemikiran masyarakat kita, sudah pasti dia akan mengerti kenapa aku masih tak kahwin lagi. Sesungguhnya aku dah bersedia daripada mental dan fizikal untuk berkahwin, cuma daripada sudut kewangan je yang agak merumitkan. Takpe, akan aku usaha. Semoga Allah s.w.t. membantu usaha murni ku ini HOOOOOOOOO!!!!

Merindui mereka sampai demam?

Saya amat merindui mereka. Apalah cerita Nur Alieya Zara. Semoga Allah merahmati dia dan menjadikan dia seorang Muslimah yang lebih baik daripada kita semua, insyaAllah. Khumaira pula baru mula buat part-time dengan Wall’s. Jadi promoter aiskrim. Aku SANGAT RISAU, tapi takpelah. At least dia ada teman.

Skarang badan memang rasa tak best. Macam nak demam, tapi macam taknak demam. Selsema tak payah ceritalah, rasanya dah boleh buat 5 cawan Neslo Ais hahahaha. Tekak rasa sakit, kepala pon sakit.

Aku kene selsema babi ker? Taknaklah kene, tak macho. T_T

Akal Sihat vs Hati Berpenyakit.

Rasa macam bertimbun-timbun pulak masalah yang melanda.

Mana gaji aku?

Gaji tak masuk lagi. Aku baru perasan sehhh dah 29 haribulan. Sepatutnya gaji di bayar pada 7 hari bulan. Gila! Hidup atas apa yang ada dan jugak belas ihsan orang-orang sekeliling. Aku terpaksa menukar kepada mode “Murahan” hanya untuk survive hidup kat JB nih. Freaking hell. T_T

Dengar-dengar dorang janji minggu nih, takkan nak bagi hari Jumaat? Oh, company tempat aku kerja nih suka sangat bagi gaji hujung2 minggu, samada hari Khamis atau Jumaat. Worst, dorang bayar gaji dengan cheque. Sungguh laknat, kan? Hehehehehe… T_T

Luahan Jiwa.

Masalah kedua pulak adalah kes di mana orang suka-suka menghukum dan mengata tanpa berhadapan dengan aku dulu. That seriously pisses me off. I mean, it’s bad enough that those idiots are throwing me out of their friend’s list, they talk behind my back some more aaaaa? Back-biting aint’ good, idiots. It shows that you’re only a cowards and a moron who have no guts to stand up and face the reality. Tolonglah, kalau korang nak benci aku, be my guest. Korang yang rugi sebab ikut perasaan busuk hati dan dendam dalam hati, bukan aku. Tapi tak payahlah nak cakap belakang, nak mengata aku belakang-belakang. Kasik jumpa depan-depanlah baru cakap, ada berani kaaaa kawan?

Orang yang membuang aku tanpa mendengar penjelasan aku macam nih tak layak pon dipanggil kawan. Aku tak lah judge orang, maybe dorang boleh jadi kawan yang baik kat orang lain, tapi kalau macam nih punya perangai, main judge orang tanpa mendengar penjelasan, susahlah…

Maybe dorang ingat aku masih macam dulu, itu yang susah. Judging people based on what you THINK is right ain’t so noble now, aye?

Tolonglah jangan ikutkan sangat perasaan dendam dan benci kat hati tuh. Korang yang rugi nanti. Allah s.w.t tuh Maha Berkuasa tau. Bila-bila masa je Dia boleh terbalikkan situasi supaya kamu semua lalu apa yang aku lalu.

Hatred is like that H1N1 virus. It takes over the body and you didn’t notice it, and the next thing you know you’re spreading it to someone else. Yes, aku mengatakan bahawa kebencian, dendam, dan prejudis tuh sama level dengan Selsema Babi, atau pon Babi itu sendiri! (Minta maaf kepada masyarakat Babi sedunia, aku tau kamu semua tak reti nak berdendam dan prejudis macam manusia, tapi nak buat macam mana, kan? T_T )

Kerinduan yang melanda.

Walau apa pun, saya tetap merindui Nur Alieya Zara. Nampak gayanya beliau dah makin membesar (yelah, takkan manusia nak mengecik pulak!), dah makin petah berkata-kata, dan yang paling tak tahan, dah tahu jalan-jalan kat Lowyat hahahahaha. I loike! Semoga beliau membesar menjadi Muslimah yang lebih baik daripada kita semua. Nur Alieya Zara, Uncle Just loves you so much!

Rindu berbuku-buku juga dirasakan terhadap mereka yang telah membuang aku.  Aku tak benci mereka langsung. I don’t hate them, on the contrary, I love them, sebab itu aku rindu kat dorang. Semoga Allah s.w.t memelihara hidup dorang dan merahmati hidup dorang, dan semoga Allah s.w.t. membuka hati dorang untuk mendengar penjelasan aku dan memaafkan aku atas mana-mana kesilapan yang aku dah buat. Allah s.w.t itu Maha Membolak-balikkan hati, so tak payah nak cakap lebih-lebih.

Rindu jugak rasa kat Khumaira. Beliau kat opis, sibuk dengan kerja-kerja yang bertimbun. Kadang-kadang aku rasa kesian sangat kat dia, aku rasa yang dia berhak mendapat yang lagi baik daripada aku. Aku masih tengah berusaha untuk mencarik kerja yang lagi baik, dan aku harap dia sabar. Seriously, aku tak pernah sayang orang sebagaimana aku sayang beliau. Khumaira, I love you so damn much!

Aku takde mood dah nak buat kerja. I wanna go home and bang my Xbox 360! (Prototype = Cool. ‘Nuff said)

Mengantuk di pagi Ahad

Rasa terpanggil untuk update blog.

Semalam merupakan harilahir Mummy yang ke 56. Saya sangat sayang sama ibu saya hahahahaha. Sempat jugaklah beli kek berperisa kopi untuk beliau. (Thanks Khumaira!!) Semoga Allah mengasihi beliau sebagaimana beliau mengasihi saya sewaktu saya masih kecil lagi. Mummy, I love you! XD

Sejak akhir-akhir ini saya bergelumang antara perasaan sedih, bahagia, dan takut.

Saya sangat sedih kerana saya berasa kehilangan. Saya telah ‘kehilangan’ dua orang yang telah banyak membantu saya dalam menghadapi masalah-masalah yang macam tak pernah nak habis. Mereka telah mula menjauhkan diri daripada saya tanpa memberi peluang kepada saya untuk mempertahankan diri saya. Mungkin kerana mereka beranggapan bahawa saya berperangai “seperti dulu” atau “lagi teruk daripada dulu”. Hmmm… cepat betul menilai. -_-;;

Saya juga berasa bahagia dengan kehadiran Khumaira dalam hidup saya. Dia seolah-olah memahami tindak-tanduk dan perbuatan saya, dapat menghidu samada saya sedih atau tidak, menipu atau berkata benar, dan sebagainya. I know, sometime it sounds scary hahahaha, tapi saya sangat bahagia dengan kehadiran beliau. Saya suka cara dia gelak. Saya suka cara dia marah saya. Saya suka cara dia cemburu. Saya suka cara dia mengarut ketika dia mamai hahahah. Saya suka cara dia terima kemarahan saya. Saya suka cara dia menghormati saya dan waktu saya.

Khumaira, I hope you’re the one, bub. ^_^

Saya berasa takut kerana saya takut akan kehilangan lagi. Saya takut kehilangan Khumaira. Saya juga takut akan ‘kehilangan’ Nur Alieya Zara. Rindu amat membuak-buak. Rasa macam nak terbang ke KL dan peluk gomol si kecik yang dah makin petah bercakap itu. Saya tahu, beliau tidak merindui saya sebagaimana saya merindui dia, tetapi rasa sayang terhadap si comot dari Damansara ini bukanlah di buat-buat, dan bukan juga mengada-ngada. The feeling is divine.

Berat sungguh hati menanggung rindu. Saya rindu akan Khumaira. Saya rindu akan Nur Alieya Zara. Saya juga rindu kepada dua orang sahabat yang telah menjauhkan diri daripada saya itu. Semoga Allah memberkati hidup mereka sebagaimana Allah memberkati hidup para Rasul.

Pagi tadi Yasmin Ahmad telah meninggal dunia, pada umur yang sama dengan Michael Jackson. Rasa macam senang je manusia nak mati.

Memang senang pun.

Al-Fatihah.

p/s Saya suka penulisan Ramlee Awang Murshid. HOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!! Klik kat sini untuk laman blog rasmi beliau. Oh, saya sengaja menggunakan warna putih + hijau untuk blog saya, kerana tatkala ini saya amat merindui Xbox 360 saya. XD