Panjang pulak entry nih… T_T

Esok merupakan hari terakhir aku berkhidmat di Auspac Solutions.

Banyak kenangan indah daripada kenangan pahit selama aku bekerja dengan kawan-kawan kat sini, especially dengan Boss aku.

Aku harap semoga Auspac Solution menjadi salah satu company terulung kat Malaysia, insya-Allah. It is run by good people, cuma segelintir aje makhluk kat dalam admin yang macam haram jadah.

Boss, saya mintak maaf kalau saya ada buat salah semasa saya bertugas. Saya tak reti nak cakap depan2, taknak tengok awak sedih ke, atau awak tengok saya sedih ke. Jangan risau, saya sentiasa support awak, kalau awak nak mintak tolong saya buat kerja awak, awak msg je saya, bagi .exe baru, saya tolong mana yang saya mampu, insyaAllah.

Continue reading

Advertisements

Exkrefemmm….

Saya amat merindui mereka.

I’d doubt that the feeling is both ways, though.

Pagi ini saya masih tertanya-tanya… kenapa dia masih rasa dia betul? Most probably dia tak tahu apa yang saya tahu tentang dia.

Dia tak tahu yang saya tahu apa yang dia sudah buat.

Sebab itu dia marah bila saya marah.

Saya pulak tak boleh bagitau dia apa yang saya tahu, dikhuatiri orang lain pulak yang terkena.

Continue reading

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Akhirnya, Ramadhan meninggalkan kita.

Kita bersiap-siap untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Hari Kemenangan!” kata salah seorang daripada sahabat saya.

“Kemenangan daripada apa, ya akhi?” saya bertanya kembali.

“Kemenangan mengalahkan hawa nafsu! Selama sebulan kita berperang dengan hawa nafsu tanpa ada campur tangan daripada pihak Iblis. Kita memenangi pertarungan tersebut dan Aidilfitri merupakan hari untuk kita menyambut kemenangan besar ini!”

Sungguh bersemangat dia.

Continue reading

Tak best

Dapat berita tak best di pagi Ahad ini.

Nur Alieya Zara jatuh. Kepala terkena jug. Kata ibunya, jug kaca. Jug tak pecah, tapi dahi Alieya koyak. Ibu dia bagitau, lukanya dalam, lepas tuh kene jahit.

Rasa macam nak terbang aje pegi ke tempat dia. Nak tengok samada dia ok ke tak. Tapi ibu beliau bagitau, beliau sangat kuat. Nangis sikit-sikit je. Aku pulak yang nangis sorang2 kat CC nih hahahaha.

Sekarang Alieya Zara berkemungkinan ada scar kat dahi. 6 jahitan tuh beb! Sungguh gangster hahahahaha!

Whatever pon, Uncle Just berharap semoga Alieya Zara cepat sembuh supaya Alieya boleh berlari-lari lagi. Boleh menyakat makcik-makcik dan ibu-ibu yang cuba rapat dengan Alieya hahahahah!

I wish I can take her place and suffer that wound for her, though. T_T

p/s Minggu lepas dapat jumpe Azy. Sangat gembira sebenarnya. Tengok dia bertambah tembam dan gembira membuatkan saya bertambah gembira hahahaha… 😛 dialah satu-satunya kawan saya yang masih berkawan dengan saya daripada zaman anak dara sampailah beliau dah berkahwin…

Jadik lagi?

Haiya… mencaci lagi? Menghina lagi? Takde saper pon nak tunjuk baik. Busuk2 kau pun, jahat2 kau pun, mulia2 kau pon, kau kawan kami jugak. Kau cakaplah aper kau nak, kami tetap tengok kau sebagai kawan kami. Kau nak tengok kami sebagai orang jahat ke, musuh ke, barua ke, anjing ke, terpulanglah. Itu hak kau.

Kalau kau rasa kau mulia, kau buatlah begitu. Kami tak kesah.

Jadi, cakaplah apa-apa yang kau nak, yerk? Buatlah apa-apa yang kau nak. Kalau kau rasa membakar orang tuh mende yang betul, kau buat. Kalau kau rasa bersabar tuh pon mende yang betul, kau buat. Kalau kau rasa nak cakap belakang pon, kau buat. Nanti kau yang dipertanggungjawabkan, bukan kami. Yang lagi sedih, kaum kerabat lelaki, wali-wali kau, yang terkena sekali, bukan kami.

p/s Maybe kau lupa, kau sendiri yang langgar rules and regulation yang kau sendiri buat. Sebab itu kau dok menghina memaki aku. Kau lupa yang kau sendiri dah banyak kali buat satu rules tapi kau langgar itu rules, lagi mau cakap banyak kaaaaaaaa?

Peliknya manusia.

Manusia itu memang pelik….

Mula-mula cakap dah maafkan. Tapi lepas tuh menghina kembali.

Bila ambil berat, di marah, di caci, di hina dan bermacam-macam lagi. Bila tak ambil berat, dikatakan sombong, jahat, haram jadah, tak sedar diri, dan segala macam caci-hina yang lain.

Hantar kata-kata sekadar ambil berat, supaya tidak terputus terus hubungan, itu pun bukan sebab apa, sebab Islam melarang keras kita putus silaturrahim. Mende macam nih pon dilihat sebagai satu provokasi, sampai dok nak menghina mencaci.

Cakap depan-depan tak berani pulak, atas alasan “malas nak layan” and stuff like that.

Biar pi lah, kalau kau nak jadi setan, kau jadik setan sorang2. Kalau kau nak dok busuk hati, haaaa, busuk hati sorang2. Hati kau yang busuk, bukan hati kami. 😀

Macam mana nih? Buat apa pun salah. Nak mampos agaknya… -_-;; (sila mampos elok-elok, jangan nanti dah mampos nyusahkan orang lain plak dok menghantar mayat ke kubur!)

Manusia itu memang pelik….

Mula-mula dok bersedih sana-sini bila hilang kawan. Dok pikir yang bukan-bukan.

Bila diberi penjelasan, bila dah faham, sedih jugak.

Bila berkawan balik, senang-senang je ignore kesusahan aku. Orang lain pon bercinta jugak, hangat jugak. Happy jugak. Tapi takdelah sampai membelakangkan kawan. Takdelah sampai biar kawan kesusahan.

Dah buat aku macam tuh, ada hati lagi ke nak cakap kau tuh kawan aku?

*Tukar topic*

Terima kasih kepada Cik Mimi kerana sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak berjumpa dengan aku dan jugak boss aku. Mula-mula aku berkawan dengan housemate beliau (Harny nama diberi), lepas tuh tiba-tiba aku ternampak akan wajah ayu nan indah Cik Mimi kat blog Harny yang baru bangun tidur dan sedang membakar aper tah. Hatiku terpaut dek ke-sembam-an wajah beliau hahahahahaha.

Tetapi kini beliau sudah berpunya, biarlah aku sendiri membawa luka di hati hehehehehehehehehe… 😀

Terima kasih jugak kepada Cik Mimi kerana mempunyai “common sense” dan meng-offer-an diri untuk membantu aku yang dalam kesusahan dengan mengambil aku di rumah walaupun beliau tak tahu jalan. Sungguh daring gadis genit tersebut! Kalau tak kerana anda Cik Mimi, memang I menyampah dan meluat, tak datang punya dataran malam tuh hahahahahahaha! Aku rasa, itulah bezanya “kawan” dengan “pura-pura berkawan”.

Dah masuk bulan September. Gaji masih tak dapat. Aku memanglah tak beraya sangat, tapi sudah pasti aku nak membantu parents aku. Tapi company nih macam tak paham bahasa.

Takkan nak aku pulak ajar dorang?

*Tukar topic*

Hujung minggu nih banyak lepak kat rumah MakNgah (bukan ke tiap-tiap malam aku ke rumah beliau? hehehehe), MakNgah ada buat majlis berbuka puasa. abeh dijemput kawan-kawan beliau. Memandangkan aku seorang sahaja jejaka yang gagah nan macho di situ (sebenarnya aku sorang je lelaki yg menolong kat situ.. T_T ) maka aku mengofferkan diri menjadi champion, menjadi panglima di sisi MakNgah untuk menolong beliau mengemas, tolong beli barang, tolong layan budak-budak kecik yang comel lagi chantek, tolong makan, tolong minum, tolong abehkan maruku, dan berbagai lagi. It was freaking fun! Abang Syed dan Kak Su, you guys rawks!

Semalam pulak berbuka puasa kat rumah Abang Helmi, abang kepada Abang Syed. Rupanya Abang Helmi tuh seorang yang kelakar.. T_T mana aku tau. Aku ingatkan semua lecturer serious gila. -_-;;

Hantar Abang Syed sekeluarga balik semalam, kat Senai Airport. Airport tuh pon dah berubah wajah daripada chantek kepada hodoh (sebab melalui proses renovation). Jenuh jugaklah aku nak berjalan kaki daripada tempat parking kereta. Seronok dapat kiss si Shaura tuh, beliau SANGAT comel dan SANGAT canteeekkkkkkk…. Sempat jugaklah dengar kata-kata motivasi daripada Abang Syed dengan Kak Su… serious, dorang memang satu keluarga yang amat baik skali!

Semalam terlebih reverse, abeh patah sikit plet kereta Nor. Nor, MakNgah, saya mintak maaf! T_T

Final Fantasy : Dissidia

Finally. Final Fantasy : Dissidia dah keluar kat PSP.

Dah lama betul tunggu game nih. Gamenye agak susah nak di fahami (yelah, nama pun game Square-Enix, memanglah susah nak faham! hehehehehe) , but once you get the hang of it, you’ll enjoy the game even more!

Yang bestnya, dia gabungkan 2 character daripada setiap Final Fantasy (1 protagonist, 1 antagonist), something like Cosmos (the good guy, well, she’s a girl actually.. ^_^ ) summoned the heroes from all of the Final Fantasy universe and Chaos (the bad guy) summoned all the villain from the same realm.

Ini bermakna kita boleh gaduh dengan Sephiroth (FF7) menggunakan Squall (FF8), gaduh dengan Ultimecia (FF8) menggunakan Zidane (FF9) and so forth muahahahaahhahaha. I loike!

Battle dia pulak bukan macam typical JRPG, dia lebih kepada fighting. Something like Kingdom Heart 2 ‘s battle system (siap ada something like a Reaction Command just like KH2), but this time you take the villain one on one. Mano a mano.

Antara karakter-karakter yang ada kat dalam game nih adalah :

Final Fantasy
Hero     : Warrior of Light
Villain   : Garland

Final Fantasy II
Hero     : Firion
Villain   : The Emperor

Final Fantasy III
Hero     : The Onion Knight
Villain   : Cloud of Darkness

Final Fantasy IV
Hero      : Cecil Harvey
Villain    : Golbez

Final Fantasy V
Hero      : Bartz Klauser
Villain    : Exdeath

Final Fantasy VI
Hero      : Terra Branford
Villain    : Kefka Palazzo

Final FantasyVII
Hero     : Cloud Strife
Villain   : Sephiroth

Final Fantasy VIII
Hero     : Squal Leonhart
Villain   : Ultimecia

Final FantasyIX
Hero     : Zidane Tribal
Villain   : Kuja

Final Fantasy X
Hero     : Tidus
Villain   : Jecht

Final Fantasy XI
Hero     : Shantotto
Villain   : –

Final Fantasy XII
Hero     : –
Villain   : Gabranth

I’ve just got my hands on the game, hence there’s so many things that I need to learn first. Gilo. Orang lain study macam2, aku study macam mana nak main game hahahahaah. Hey, I’m a child at heart, mmmmmm’kay?

Oh, btw, dah masuk Ramadhan. It’s been tiring, I have no idea why, though. Best berbuka kat rumah. Dan best jugak bila berbuka kat rumah Nor dengan Khumaira, Mak Ngah, and Iman. Si Iman tuh sangat kepoh, penat aku nak melayan hahahahahahaha. Starting to love ’em all.

Gaji masih tak dapat. Ntah bila nak bayar, aku pon tatau. Nak buat ape2 pon tak boleh skarang. T_T Nasib baik P.E ada, kalau tak, aku tak main Dissidia tuh.

Kepada mereka yang suka hati tok nenek abah dorang nak ignore aku, terpulanglah. Aku tak marah, cume aku menyampah. Tak payah nak buat-buat baik dengan aku. Tak payah nak pura-pura happy bila jumpa aku. Kau ada life kau, kau pegi jalan hidup kau. Kerja aku dah selesai. Kau pegi aje happy-happy dengan kawan-kawan kau yang sedia ada. Aku bukan kawan kau.

Kawan yang baik pasti akan share berita suka dan berita duka.

Kawan yang baik takkan bertanya dengan kasar “Apsal plak aku kene bagitau kau?” bila diajukan soalan dengan cara yang baik.

Bila aku berkawan, aku berkawan betul2. Once orang yang self-claim “kawan” aku start buat aku rasa macam sampah, then that’s it.

You have no say in my life anymore. Pergilah enjoy hidup kau elok-elok. Jangan lupa Allah, Rasul, dan mak bapak kau.