Panjang pulak entry nih… T_T

Esok merupakan hari terakhir aku berkhidmat di Auspac Solutions.

Banyak kenangan indah daripada kenangan pahit selama aku bekerja dengan kawan-kawan kat sini, especially dengan Boss aku.

Aku harap semoga Auspac Solution menjadi salah satu company terulung kat Malaysia, insya-Allah. It is run by good people, cuma segelintir aje makhluk kat dalam admin yang macam haram jadah.

Boss, saya mintak maaf kalau saya ada buat salah semasa saya bertugas. Saya tak reti nak cakap depan2, taknak tengok awak sedih ke, atau awak tengok saya sedih ke. Jangan risau, saya sentiasa support awak, kalau awak nak mintak tolong saya buat kerja awak, awak msg je saya, bagi .exe baru, saya tolong mana yang saya mampu, insyaAllah.

Thank you Boss, setelah apa yang jadi, saya baru sedar yang awak adalah antara orang-orang yang sentiasa ada dengan saya bila saya susah. Minta maaf kalau dulu-dulu saya ada buat boss sakit hati baik daripada sudut kerja mahupun sudut personal. Saya tengok awak macam saudara saya sendiri dan saya sayang awak. Semoga Allah mempermudahkan urusan awak, kasik awak kahwin cepat2, lepas tuh dapat anak ramai macam Boncit dapat anak ramai mihahahaha…

Mane tau anak kau kahwin dengan anak aku nnt? Untung, pasal aku taknak letak hantaran miahahahahah..

Tak guna menunjukkan perasaan sedih. It won’t get me anywhere.

Banyak tragedi dah berlaku sejak daripada Aidilfitri. Akhirnya kita kembali kepada fitrah asal kita, sesuai dengan makna sebenar Aidilfitri.

Ada yang menuduh aku macam-macam. Ada yang ignore aku. Ada yang melarikan diri daripada aku. Ada yang mengadap aku dan cakap depan2. Macam-macam karenah. Bersyukur kepada Allah yang menunjukkan yang mana Haq dan yang Bathil buat masa ini.

Amat mudah untuk kita mencari kawan, mencari teman, mencari rakan. Semua tuh senang. Alahhh, boss aku jumpe RAKAN kongsi company nih lalu kawan dia jugak. Amat mudah.

Tapi mudah ke untuk kita mencari sahabat? Bersahabat sebagaimana Muhammad bin Abdullah (s.a.w.) bersahabat dengan Abu Bakar As-Siddiq bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan kesabaran, kebijaksaan, dan yang paling penting, ia perlu KEPERCAYAAN. Trust, bak kata orang putih.

Masalah akan timbul, dan macam mana nak selesai.

Sudah pasti, di dalam apa-apa hubungan, masalah pasti akan timbul. Ini kerana kita hanya manusia biasa, masing-masing ada pendapat dan pegangan. Apabila pendapat dan pegangan ini berselisih, maka timbul rasa tidak puas hati. Akan timbul rasa marah, rasa ingin memperbetulkan orang lain lantaran kita berasa bahawa pegangan dan pendapat kita yang betul. Ini dirasai oleh semua manusia, kau dan aku sama.

Tapi pada masa yang sama, perasaan ingin menjaga hati mereka timbul, kerana kasih sayang dan ukhwah yang terikat selama berhubung, masih ada.

Bagaimana nak selesaikan masalah sebegini? Ramai yang cuba untuk melarikan diri, dan menggunakan berbagai alasan.

Malas nak layan!

What’s the point? The damage is done!

Cakap banyak-banyak pon tak guna!

Ah banyak bunyi, kalau aku jumpe ko memang aku sebat ko, sbb tuh aku malas!

Itulah antara ayat-ayat yang sering kedengaran jika satu jawapan di beri; mari berbincang. Ada yang betul, ada juga yang salah. Kita tidak mahu berbincang kerana kita lupa satu perkara, kita sibuk melihat perbezaan sehinggakan kita lupa untuk melihat persamaan. Take one common ground, bak kata orang putih. Ini di syorkan sendiri di dalam Al-Quran :

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.

(Al-Imraan : 64)

Begitulah apa yang disarankan oleh Allah s.w.t. untuk menyelesaikan masalah yang besar, iaitu masalah perselisihan antara Ahli Kitab (Nasrani/Kristian dan juga Yahudi/Jew) dan Muslim. Saranan mengambil satu persamaan, satu common ground, dalam menyelesaikan masalah, di sarankan oleh Allah s.w.t kepada permasalahan yang besar, maka sudah pasti ianya juga boleh diguna-pakai dalam menyelesaikan perselisihan yang lebih ‘kecil’ berbanding perselisihan Ahli Kitab dan Muslim, bukan?

Aku bukanlah nak cakap bahawa mereka yang taknak berjumpa itu jahat @ menyalahi Quran. Tidak sama sekali! Apa yang aku nak sampaikan adalah cara terbaik untuk menyelesaikan perselisihan adalah dengan berbincang DAN mengambil satu common ground, berbincang dengan baik dan jangan lari daripada common ground tersebut. Ayat Quran tersebut hanyalah satu dalil untuk menyokong pendapat aku. Tidak setuju dengan pendapat aku tak bermakna kau tidak setuju dengan Quran. I have to make this clear so that people won’t misinterpret what I say. Lain orang lain caranya. Ada yang perlukan masa untuk berbincang kerana risau akan diri sendiri. Itu hak individu.

Telus dan Professionalism

Ketelusan sangat penting jika ingin menyelesaikan dengan berbincang. Perkara ini sepatutnya tiada masalah jika kita berbincang dengan mereka yang rapat dengan kita, bukan? Masalah tidak mungkin dapat diselesaikan jika satu pihak atau kedua-dua pihak menyimpan perasaan dan memendam. Bincanglah sampai langit ke 7 pon, kalau masing-masing taknak telus, tak jadik aper-aper jugak…

Masalahnya, kita orang Melayu (Melayu ke aku?) dah di didik dengan adab sopan. Terlalu sopan sampai kita menipu hanya untuk menjaga hati orang lain. Kita sorok apa kita rasa, risau-risau kalau apa yang kita rasa tidak dipersetujui oleh pihak lagi satu. Ada baiknya buat gini, but overdoing it may lead to a much more complicated situation. Itu pasal lah Nabi Muhammad s.a.w. sarankan supaya adalah lebih baik kita diam daripada berkata-kata. Silence is golden, I’d say.

Tetapi, apabila berbincang dalam menyelesaikan satu masalah, adalah lebih baik jika kita telus. The Westerners had practice this well. They call it “Professionalism”. Dalam meeting, memang kita hentam-menghentam, sebab kita nak cari solution. Selepas keluar meeting, kita kawan balik, no hard feelings, coz masing-masing faham, that we are just doing our job.

Imam-imam terdahulu juga mengamalkan sebegini. Mereka bermesyuarah, bermuzakarah, dan memangkah hujah-hujah rakan seperjuangan mereka hanya untuk mencari kebenaran. Selepas itu, mereka tetap bersaudara. Mereka tetap menghormati pendapat yang lain walaupun pendapat tersebut bercanggah dengan pendapat mereka sendiri. Pecah di mulut, bersatu di hati.

Muhammad Al-Idris @ Imam Shafi’e juga menunjukkan sifat professionalism di dalam hidup beliau. Walaupun beliau menekankan tentang Do’a Qunut di dalam solat, tetapi beliau sendiri pernah tidak membaca Do’a Qunut ketika mengimamkan satu kaum yang bertaqlidkan kepada Imam lain, kerana Imam di tanah tersebut tidak membaca Qunut ketika Subuh. Beliau menunjukkan sifat professionalism dengan menghormati pendapat Imam di tanah tersebut.

Jika orang-orang di Barat, yang hidup memang macam takde agama, boleh mempraktikkan sifat-sifat yang ada pada imam-imam tersebut, kepada kita, sebagai Muslim, yang berpegang kepada sumber yang sama seperti imam-imam tersebut, tidak boleh mempraktikkan?

Practice what you preach, the most hardest order!

Believe it or not, itulah yang paling susah nak dibuat. Untuk mengamalkan apa yang kita sampaikan. Aku pon sama jugak, kau pun sama jugak, so tak payah nak tunding-tunding jari kat orang. Kita kene jujur dengan diri sendiri. Aku sendiri susah untuk mengamalkan apa yang aku tahu. Tapi, kita kene push diri kita, insyaAllah, kita boleh.

Kita sendiri tak berkuasa untuk beribadah dan beramal jika Allah s.w.t tidak mengizinkan, betul tak?

Untuk itu, kita perlukan pertolongan daripada Allah s.w.t. (heck, SEMUA pun kita perlukan pertolongan Dia… ), dan kita perlukan sahabat atau teman atau saudara kita atau sesiapa sahaja, untuk menegur kita akan kesalahan kita.

Ada yang suka ditegur direct, ada yang suka ditegur apabila berdua sahaja. Itu hak masing-masing. One thing for sure, setiap manusia perlu ditegur oleh manusia lain, supaya masing-masing tidak melampaui batas.

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(At-Taubah : 71)

Itulah sifat yang terpuji, di mana setiap orang beriman membantu saudara mereka dengan melakukan “check and balance”.

Yang menerima teguran pulak hendaklah tidak berprasangka buruk terhadap saudaranya sendiri, supaya tiada perbalahan yang berlaku.

But trust me, practice what you preach is the most hardest thing you would ever do. I’ve experienced this first hand! Hehehehehehe…

Either way, idea sudah tepu. Entry ini lebih kepada peringatan untuk diri sendiri sebenarnya, tiada niat untuk menyakitkan hati mana-mana pihak. Maybe ianya ada bersangkut-paut dengan apa yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ini, tapi rasanya ayat-ayat dalam blog ini takde pun maksud-maksud tersirat.

Jika ianya adalah perkara yang benar, maka terima, dan amalkan lah. Aku pun dapat saham sket, kan? Kalau ianya perkara yang tidak benar, maka betul kan lah aku kat comment. Jangan risau, tak perlu log in untuk comment, in other words, ko boleh remain anonymous dan STILL bagi comment kat blog aku.

I am always open for correction maaaaaaaaaa miahahahahahaha….

Terima Kasih ya Habibi.

Khumaira, terima kasih sebab selalu dengar saya punya bebelan dan ngomelan. Saya tau, kadang-kadang awak bosan. Yelah, ko pagi-pagi nak pergi kerja, tak pasal-pasal kene dengar kuliah Subuh plak. Subuh dah abeh pulak tuh miahahahaah…

Terima kasih sebab terima saya seadanya. Terima kasih jugak sebab memahami apa yang saya buat. Awak terima saya pada waktu orang lain tidak menerima saya. Awak sayang saya ketika orang lain membenci saya. Takde apa yang saya buat yang boleh membalas kebaikan awak, ya habibi. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan awak dan keluarga awak.

Khumaira ya habibi, thank you. Ana mughrama fik!

P/S Tolonglah jangan beranggapan bahawa aku cuba menggunakan agama untuk memperlekeh mana-mana pihak. Paranoia won’t get you anywhere. Kalau kau tak setuju dengan pendapat aku nih, takpe. Bukannye dosa pon. Tapi aku amat berharap supaya sapa-sapa yang rasa pendapat aku salah tuh, cuba perbetulkan, tapi janganlah perbetulkan dengan caci-maki.. T_T see the “comment” link? Use it!

2 thoughts on “Panjang pulak entry nih… T_T

Leave a comment